CARA MENGHILANGKAN KUTU KUCING..
1) Mandikan kucing dengan sabun mandi kucing, lumurkan sabun dengan banyak di badan kucing. Kemudian gosokkan ke seluruh badan kucing hingga berbuih2 (jangan sampai mulut kucing berbuih sudah la yer). Kemudian, biarkan dalam 5 min untuk memastikan kutu-kutu tersebut mati lemas disebabkan sabun. Selepas 5 minit baru dibilas dengan air suam-suam kuku hingga bersih dan tiada lagi sisa sabun.
2) Sediakan satu gayung air garam yg suam. Pepandaila cari sendiri garam masakan kat rumah ke, garam bukit ke. Asalkan masin. Kemudian, jiruskan ke badan kucing anda dengan rata, terutama di bahagian yg banyak kutu berkumpul (leher, celah kaki, bawah badan). Kemudian, toss kan kucing anda supaya air mandian yg berlebih tu mengalir keluar. Taukan toss tu camne? Goyang2kan jek kucing anda, atau lurutkan badan dia dgn tangan bagi air mengalir keluar. Kemudian, biarkan kucing itu kering dengan sendirinya. Jangan pergi lap ngan tuala plak, kang sesia jek jirus air garam tu.
3) Selepas kucing anda hampir kering, sediakan dalam segenggam garam halus bak tepung gandum. Macamana nak dapatkan garam halus bak tepung gandum? Caranya ialah dengan memblender garam tersebut sehingga halus bak tepung. Kenapa perlukan garam ini? Tujuannya adalah untuk ditabur di atas badan kucing anda. Kenapa perlu tabur? Supaya kutu-kutu yang liat nak mampus tu mati kekeringan air. Garam merupakan unsur yang mampu mengdehidrat benda. Selepas dah ditabur pada kucing, kalau ada lebih2 tu boleh la tabur sekali dekat tempat lepak kucing anda (Cat Tree, Sofa, Carpet dsb). Biarkan semalaman.
4) Keesokan harinya, belek sekali lagi bulu kucing anda. Anda akan nampak banyak kutu yang dah mati, dan mungkin juga yang belum mati. Tugas terakhir anda ialah mencari setiap kutu yg tak mati lagi dan matikannya. So gunalah cara tradisional itu, cari dan letup. Yang bestnya, kutu anda tidak akan melekat lagi pada bulu kucing anda, maka kerja mencari dan meletup menjadi mudah. Awas, anda mungkin akan menjadi gian untuk mencari kutu dan mengerjakan bulu kucing anda ibarat makhluk spesies Planet of The Apes.
5) Untuk benar2 memastikan kucing anda bebas kutu, ulang proses di atas 3 hari berturut-turut.
Amaran: Tips di atas tidak sesuai utk kucing yang mengalami masalah buah pinggang / batu karang disebabkan penggunaan garam yang banyak.
Selamat Mencuba!
Sunday, August 24, 2014
KUTU KUCING
KUTU KUCING

BOLEHKAH KUTU KUCING MENJANGKITI MANUSIA?
Kutu kucing atau Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah halus yg boleh dijumpai pada kucing. Jangkitan kutu memang memeningkan kita. Tapi, boleh ke manusia dijangkiti kutu kucing?
Secara amnya, kutu kucing tidak dapat hidup pada tubuh badan manusia. Mereka hanya boleh menggigit terutama di kawasan buku lali, pergelangan kaki dan betis. Gigitan boleh menjurus kepada iritasi, ruam, alahan dan keradangan.
Namun merujuk pada Wikipedia, kutu betina boleh hidup dan bertelur jika mereka boleh menghisap darah selama 12 jam berturut-turut. Pada pendapat DC, kenyataan ini membawa maksud, jika kita tidak merasa gatal hasil gigitan kutu tersebut. Tetapi secara amnya, ia boleh dielakkan jika dalam masa 12 jam tersebut, kita membersihkan diri atau mandi menggunakan sabun antibakteria.
Rawatan gigitan kutu kucing
Kalau kita nampak ada bintik merah dan terasa gatal di bahagian yang dinyatakan:

- segera cuci kawasan tu dengan sabun antibakteria;
![]() |
Antara sabun antibakteria yang terdapat di pasaran. |
- Gunakan air sejuk, kerana dengan menggunakan air panas atau air suam, ia akan memburukkan lagi rasa gatal pada bintik tersebut.
- Lap kering dgn tuala bersih
- Sapukan krim hydrocortisone. (Ingat tak lagi DC pernah senaraikan ubat ini dalam First Aid Kit Kucing?) Atau gunakan losyen calamine untuk melegakan rasa gatal tersebut. Menggunakan ice pack juga membantu mengurangkan bengkak pada gigitan kutu.
![]() |
Antara produk yg membantu melegakan kegatalan gigitan kutu kucing |
- Jangan garu sbb ini akan mengalakkan jangkitan bakteria.
![]() |
Elakkan dari menggaru |
Subscribe to:
Posts (Atom)