Saturday, September 26, 2015

HAIWAN YANG HAMPIR PUPUS DAN HAIWAN YANG DAH PUPUS


  • HAIWAN YANG HAMPIR PUPUS

Banyak haiwan yang hampir pupus akibat pembalakan, 

pemburuan haram dan sebagainya.Antaranya ialah:

1. Sand Cats



SAND CATS (KUCING PASIR) MERUPAKAN SATU-SATUNYA SPESIS DARI 
KELUARGA KUCING YANG TINGGAL DI PADANG PASIR, TERUTAMANYA 
DI KAWASAN PADANG PASIR DI AFRIKA UTARA, ASIA BARAT DAN ASIA
 TENGAH.

SEJAK TAHUN 2002 KUCING PASIR INI TELAH DISENARAIKAN 
SEBAGAI HAIWAN YANG TERANCAM OLEH IUCN 
(INTERNATIONAL UNION FOR THE CONSERVATION OF NATURE) KERANA
 PENURUNAN POPULASI YANG MENDADAK.

2. EGYPTIAN TORTOISE


EGYPTIAN TORTOISE (KURA-KURA MESIR?) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI
 KLEINMAN'S TORTOISE ATAU LEITH'S TORTOISE INI DIANGGAP DALAM
KEADAAN TERANCAM YANG KRITIKAL.

IANYA DIPERCAYAI SUDAH PUPUS DI MESIR, WHICH IS IRONIC, SEBAB
NAMANYA EGYPTIAN TORTOISE TAPI TAK BOLEH DIJUMPAI DI TEMPAT
BERSEMPENA DENGAN NAMA KURA-KURA INI.

RIBUAN SUDAH DIHANTAR KE AMERIKA DAN LAIN-LAIN NEGARA DENGAN
 TUJUAN PEMBIAKAN DALAM KURUNGAN.

3. SEA OTTER


SEA OTTER INI HAMPIR PUPUS DISEBABKAN AKTIVITI PEMBURUAN YANG
 INGIN MENGAMBIL BULU MEREKA.

POPULASI HAIWAN INI DI BARAT LAUT PASIFIK BERKURANGAN KEPADA
 KURANG DARIPADA 2000 EKOR PADA AWAL ABAD KE-20.

BERITA BAIKNYA, DENGAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG,
 POPULASI SEA OTTER INI TELAH MENINGKAT KEPADA 100,000 HINGGA
 150,000 EKOR.

4. FENNEC FOX

FENNEC FOX YANG MENDIAMI KAWASAN AFRIKA UTARA DAN TIMUR TENGAH
 INI MASIH LAGI BELUM DIANGGAP SEBAGAI HAIWAN YANG TERANCAM
 NAMUN HABITAT MEREKA MENERIMA ANCAMAN DARI AKTIVITI
PERLANCONGAN DAN PEMBANGUNAN.

TELINGANYA YANG BESAR MEMBANTU UNTUK MEMBURU PADA WAKTU
MALAM DENGAN BERFUNGSI UNTUK MENDENGAR PERGERAKAN MANGSA DI
BAWAH TANAH DAN MENYEJUKKAN BADAN DARIPADA HABA PADANG PASIR.

5. MEXICAN AXOLOTL


MEXICAN AXOLOTL INI MERUPAKAN SALAH SATU SPESIS SALAMANDER DAN
 TINGGAL DI DALAM AIR.

HAIWAN INI DIKATAKAN HAMPIR PUPUS, DENGAN KURANG DARIPADA
1200 EKOR YANG TINGGAL DI MEXICO, SATU-SATUNYA HABITAT TERAKHIR
 BAGI POKEMON INI YANG MASIH TERPELIHARA.

6. PIKA


PIKA YANG MERUPAKAN MAMALIA KECIL DARI KELUARGA ARNAB INI MEMPUNYAI
 TELINGA YANG BESAR DAN TIDAK MEMPUNYAI EKOR.

MENURUT WORLD WILDLIFE FOUNDATION WWF), BINATANG INI TERANCAM
 KERANA IANYA TERDEDAH KEPADA KESAN PEMANASAN GLOBAL DISEBABKAN
 PIKA INI TINGGAL DI HABITAT YANG SEJUK DAN AGAK LEMBAP DI KAWASAN
TANAH TINGGI.

APABILA PEMANASAN GLOBAL SEMAKIN MENINGKAT, HABITAT TERSEBUT
 AKAN SEMAKIN BERKURANG DAN BAKAL MEMBAWA KEPUPUSAN KEPADA
 SALAH SATU SPESIS POKEMON INI.

7. MANDARIN DUCK

MANDARIN DUCK YANG MENDIAMI ASIA TIMUR INI SAMA SEPERTI BURUNG
MERAK DI MANA HANYA YANG JANTAN MEMPUNYAI BULU-BULU YANG COLOURFUL
MANAKALA SI BETINA HANYA BERWARNA PLAIN.

WALAUPUN AKTIVITI PEMBANGUNAN TELAH MENGURANGKAN SPESIS ITIK INI
 NAMUN IANYA MASIH LAGI BOLEH DIJUMPAI DI BEBERAPA KAWASAN DI ASIA TIMUR.

MENURUT BBC, ITIK INI SALAH SATU JENIS ITIK YANG TIDAK DIBURU UNTUK
DIMAKAN KERANA RASANYA YANG SANGAT TIDAK SEDAP.

8. SLOW LORIS

BERASAL DARI INDONESIA, SLOW LORIS DARI SPESIS KOKANG DIBURU HINGGA
HAMPIR PUPUS KERANA KONONNYA DAGINGNYA YANG DIKATAKAN BOLEH
 MENYEMBUHKAN PENYAKIT DAN MEMPUNYAI NILAI-NILAI SPIRITUAL.

KOKANG INI MEMANG NAMPAK SANGAT COMEL TAPI SEPERTI GADIS-GADIS
 COMEL YANG MAMPU MEMATAHKAN HATI PARA JEJAKA, SLOW LORIS INI
 MERUPAKAN SATU-SATUNYA KELUARGA BERUK YANG BERBISA.

IA MENYIMPAN RACUN DI DALAM KANTUNG PADA BAHAGIAN SIKU
 DAN MENYERANG MANGSANYA DENGAN CARA YANG SANGAT
 AWESOME IAITU DENGAN MENYEDUT RACUN TERSEBUT KE
DALAM MULUT DAN BERKUMUR SEBELUM MELANCARKAN SERANGAN
GIGITAN BERBISA

9. BELUGA WHALE


IKAN PAUS BELUGA YANG TERKENAL KERANA CIRI-CIRI BONJOLAN
 PADA KEPALANYA DAN BERWARNA PUTIH INI MENURUT KERAJAAN
 AMERIKA SYARIKAT MENGALAMI ANCAMAN DI HABITATNYA DI ALASKA.

DIANGGARKAN HANYA KIRA-KIRA 100,000 EKOR YANG TINGGAL DI HABITAT
 LIAR BAGI SALAH SATU SPESIS IKAN PAUS TERKECIL INI.

10. BLACK FOOTED FERRET


BERASAL DARIPADA SALAH SATU KELUARGA MUSANG, BLACK FOOTED FERRET
 INI DIANGGAP TERANCAM OLEH IUCN.

MALAHAN, BINATANG INI PERNAH DIISYTIHARKAN PUPUS PADA TAHUN 1979,
SEBELUM DUA TAHUN KEMUDIAN SEBILANGAN KECIL TELAH DIJUMPAI DI
 WYOMING, AMERIKA SYARIKAT.

USAHA-USAHA PEMULIHARAAN YANG GIAT DIJALANKAN TELAH
MENDATANGKAN HASIL DENGAN LEBIH KURANG 1000 EKOR
BERJAYA DIBIAKKAN, MENJADIKANNYA ANTARA USAHA PEMULIHARAAN
 HAIWAN TERANCAM PALING BERJAYA DI AMERIKA SYARIKAT.

11. GRAY GENTLE LEMUR

GRAY GENTLE LEMUR, SALAH SATU SPESIS LEMUR INI MERUPAKAN SALAH
SATU SPESIS YANG HANYA BOLEH DIJUMPAI DI MADAGASCAR.

JUGA DIPANGGIL BAMBOO LEMUR, PEMAKANAN HAIWAN INI SAMA SEPERTI
NAMANYA IAITU BULUH.

12. HAWAIIAN MONK SEAL

SPESIS MONK SEAL YANG MASIH TINGGAL DI DUNIA, ANJING LAUT INI
HANYA TINGGAL KIRA-KIRA 1100 EKOR DI HABITAT LIAR.

DIBURU SEHINGGA BERADA DALAM AMBANG KEPUPUSAN PADA ABAD KE-19,
HAIWAN INI KINI DISENARAIKAN SEBAGAI SPESIS YANG DILINDUNGI.

13. MATSCHIE'S TREE KANGAROO

SPESIS KANGAROO POKOK INI HANYA BOLEH DIJUMPAI DI KAWASAN
HUTAN HUJAN DI AUSTRALIA, PAPUA BARAT DAN PAPUA NEW GUINEA,
PADA KETINGGIAN KIRA-KIRA 11,000 KAKI.

TIDAK SEPERTI KANGAROO YANG BIASA, SPESIS INI TINGGAL DI ATAS POKOK
 DAN BERGAYUT DARI SATU POKOK KE POKOK YANG LAIN DENGAN
 MENGGUNAKAN ANGGOTA BADANNYA YANG KUAT.

DISEBABKAN HABITATNYA YANG TERHAD, IUCN MENGANGGAP KANGAROO
 POKOK INI BERADA DALAM AMBANG KEPUPUSAN.

14. IBERIAN LYNX

IBERIAN LYNX YANG BERASAL DARI SEPANYOL DAN PORTUGAL INI
DIKHABARKAN BAKAL MENJADI SPESIS KUCING PERTAMA BAKAL PUPUS
SEJAK 2000 TAHUN YANG LEPAS, YANG KINI MENJADI KEBIMBANGAN WWF.

APA YANG LEBIH MEMBIMBANGKAN IALAH DISEBABKAN OLEH PEMBANGUNAN
MANUSIA DAN KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL, HANYA TERDAPAT KIRA-KIRA
 38 EKOR IBERIAN LYNX BETINA YANG MASIH TINGGAL UNTUK MEMBIAK.

15. GIANT PANDA

DIPERCAYAI HANYA TINGGAL KIRA-KIRA 3000 EKOR DI HABITAT LIAR.

WALAUPUN PELBAGAI USAHA GIAT DIJALANKAN, NAMUN PANDA INI
TIDAK MAMPU UNTUK MEMBIAK DENGAN BAIK KETIKA BERADA DALAM
KURUNGAN DAN DI HABITAT LIAR, IANYA TERDEDAH KEPADA ANCAMAN
PEMBURUAN HARAM.

banyak haiwan yang telah pupus akibat perbuatan manusia.Manusia memburu
 hanya untuk mendapatkan kulit,bulu dan sebagainya.antara haiwan yang telah
 pupus ialah:

1. Syrian Wild Ass ( Pupus sejak 1927 )




Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada keluarga Equidae atau
 keluarga kuda. Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling
 kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan
 Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut
 musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna
 kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula
 kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah
 mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad
 ke-17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini
 diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di
 Zoo Vienna.


2. Javan Tiger ( Pupus sejak 1980-an )



Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat

 di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding
 Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana
 pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah
 dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan 
pertembungan dengan haiwan ini.

3. Tarpan ( Pupus sejak 1919 )




Tarpan juga dikenali
 Eurasian Wild HouseIa adalah subspesies
 kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis,
 timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan
 mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan
 habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil
 usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini.
 Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di
 dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut
 meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan
 tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi.

4. Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger ( pupus sejak 1936 )




Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar
 Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang
 badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini 
berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun 
diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa
 pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi,
 tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus
 kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang
 terancam.


5. Dodo ( Pupus sejak lewat abad ke-17 )




Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus
 paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan 
dodo seperti‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian
 yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah
 pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo
 boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung.
 Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas
 tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan
 Mauritus. 

6. Aurochs ( pupus sejak 1627 )




Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang
 pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada
 lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian
 Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke Asia
 seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah
 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs
 berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur
 Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish
 Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.
7. Tyrannosaurus Rex ( Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu )

Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal
 sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka
 bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat
 sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang
 yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai 
haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain
 pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara
 Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira
 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.
8. Caucasian Bison ( Pupus sejak 1927 )

Caucasian Bison adalah subspecies kepada bison. Haiwan ini 
berhabitat di pergunungan Kaukasus di timur Eropah. Haiwan
 ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor bison
 yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini
 pada mulanya mempunyai populasi yang cukup besar apabila
 ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar
 pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun,
 populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila
 berlakunya penempatan secara besar-besaran di keseluruhan 
habitatnya. Masyarakat pada masa itu masih belum mempunyai nilai
 sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai 
keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang kepada
 kepupusan Caucasian Bison.
9. Giant Aye-aye ( Pupus sejak 1930 )


Giant Aye-aye adalah subspesis kepada monyet dan mempunyai hubungan dengan
 lemur monyet dan kera. Spesis ini pernah berhabitat di kepulauan Madagaskar sejak
1000 tahun lampau. Spesis ini kali terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiharkan
pupus sejak daripada itu.


10. Caspian Tiger ( Pupus sejak 1990an )




Caspian Tiger adalah subspesies bagi keluarga kucing sepertimana
 spesies-spesies harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang
 daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun, Caspian Tiger
 betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian cukup besar.
 Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum
 pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan 
Afghanistan. Populasinya mula merudum pada abad ke-20 akibat
 pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber
 utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merudum populasinya
 menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya. Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak
 daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.

No comments:

Post a Comment